Popular Posts

Friday 1 July 2011

jom beramal:)

Assalamualaikum semua sahabat2 saudara saudari.hopes anda semua berada dlm keadaan yg diredhai olleh allah s.w.t amin....


  semua umat islam tahu dan pernah dgr salah satu surah yg famous di dlm al quran.iaitu surah yassin.surah yg selalu di bace oleh umat islam dlm ape jua keadaan sekali pun.jika tubuh seseorang memiliki jantung untuk mengggerak darah ke seluruh saluran nadi,maka surah yasiin bagaikn hati al quran yg menjana kelebihan dn keistimewaan bg org yg membcnye.
   bila seseorg mmbca surah ini kerana mghrp redha allah dn kmpung akhirat,maka dosa2nya brguguran krn mmperolehi keampunan dan rahmat drinya.
    rahsia dn faedah yg mengalir dr keutamaan surah ini,melimpah cahaya kebaikan dn terlerai sgla bala dn kesusahan dunua dn akhirat bg yg mmbcanya dgn ikhlas.surah ini jg bagaikn ladang dpt menuai bg insan yg memenuhi keinginan dn hajatnya.dn mnjdi pelindung dari sgla kejahatan dn keburukan.
   sedikit pengetahuan yg ada dlm diri ini untuk berkongsi bersama ,dn  mungkin sbg peringatan untuk kite semua yg mungkin sedikit alpa.surah yasiin adlh surah yg ke 36 dlm al quran.trdiri atas 83 ayat dn diturunkan di makkah.
  Dlm kite mengamalkan dn membca surah ni ,kite kne la jge memahami maksud yg tersirat dlm setiap ayat.antaranya dlm ayat 7-11( rujuk dlm ayat)
di antara org2 kafir itu adlh sgt ingkar tdk mahu menerima kebenaran dn tdk pula memikirknnya,maka tetatplah mereka itu mendpt seksa,mereka itu samalah keadaanya dgn org yg duduk terbelenggu smpai ke dagunya shingga kepalanya terngadah.sbb itu ia tdk dpt menundukkan kplanya @ menoleh ke kiri kanan utk melihat kebenaran islam.org seperti ini tdk mahu beriman,sama ada diberi peringatan  ataupun tidak.oarang yg beriman ialah orgyg mahu menurut al quran dan takut kpd allah.
   (ayat 12-15) firman allah bermaksud:" kami akan menghidupkan oarang2 mati pada hari kiamat(berbangkit) atau menghidupkan orang2 yang hati dam fikirannya mati dengan memberi taufik(petunjuk) agar masuk islam.kami tuliskan apa2 yh mereka usahakan,sama ada amalan baik atau jahat,termasuk usaha baik yg pernah di lakukan.semua ini di tuliskan sbg amalan soleh dan terus mndpt pahala selagi masih ada juga bekas2 usaha peninggalannya itu.jika bekas usaha jahat spt mengadakan tmpat menyamun,tmpat berzina,tmpat meminum arak,tempat berjudi dn sbgainya.semua itu ditulisan sbg amalan jahat mendapat dosa,selagi masih ada bekas peninggalannya.semuanya itu kami hitung dalam kitab yg terang,tiada keraguan sedikitpun sehingga setiap orang tidak akan boleh memungkirinya.sbg contoh,pada suatu hari nabi isa mengirim beberapa org utusan ke sebuah negeri yg penduduknya menyembah berhala.mulanya diutus dua oarang utusan,iaitu yahya dan yunus,lalu penduduk itu mendustakan keduanya.kemudian dibantu pula oleh utusan ketiga,iaitu syan` um,lalu katanya:"kami bertiga diutus kepada kamu supaya kamu menyenbah allah dan meninggalkan penyembahan berhala".sahut mereka itu:"kamu tidak lain,hanya manusia juga seprti kami,kamu seorang pembohong"
    ayat 38-40: matahari itu bergerak(beredar) sampai ketempatnya yg tertentu dan tidak melampaui tempatnya itu.kalau di perhatikan matahari itu sewaktu tengah hari terik,nescaya kelihatanlah ia dipuncak kepala orang2 yang berada di garisan khatulistiwa iaitu pada 21 mac.kemudia ia akan berpindah beransur2 ke utra.allah telah mengatur perjalanan  bulan,iaitu mengelilingi bumi.pada awal bulan ia kelihatan sangat kecil.kelihatan seperti sabit,kemudian beransur2 menjadi besar,akhirnya menjadi bulan purnama.kemudian kembali kecil spt sabit semula.perjalanan itu teratur dgn peraturan yg tetap,sehingga ahli ilmu falak dapat menentukan bila datangnya awal bulan dan bila masanya gerhana dgn menentukan jam,minit dan saatnya.sbb itulah mereka boleh merakam perjalanan bulan itu dgn hisab falaki.kita boleh menentukan perjalanan kereta api perantaraan jadualnya,dan menentukan dimana ia berada sekian waktu.maka begitu jugalah ilmu falak,boleh menentukan awal bulan dan gerhana bulan meskipun mereka tidak melihat langit dgn mata kepalanya.
   (  ayat 65) pada hari kiamat allah menutup mulut orang2 kafir,dan melarang mereka bercakap bagi mempertahankan dirinya.ketika itu bercakaplah tangan mereka dan menjadi saksi kedua kaki mereka atas segala yg mereka lakukan  semasa hidupdi dunia.menurut sesetengah ahli tafsir,tangan mereka itu akan boleh bercakap seperti lidah,kerana dibolehkan bercakap oleh allah.tetapi ulamak lain berpendapat,bahawa sebenarnya bukan bercakap melainkan akan kelihatan segala bekas dosa pada setiap anggota badanya seperti tangan dan kaki,yang akan menunjukkan segala perbuatan mereka semasa hidup di dunia.maka seolah olah anggota badan itu mengakui kesalahannya.
    ayat 69-70-orang kafir mengatakan bahawa nabi muhammad iu ahli syair atau pantun yang menghasilkan atay al quran.maka turunlah ayat ini.Firman Allah bermaksud:tidaklah kami mengajarkan syair kepada muhammad,bahkan syair itu tidak layak baginya.kitab ini tidak lain hanya peringatan dan al quran yang jelas ertinya da maksudnya sebagai peringatan dan nasihat bagi orang2 yang jiwa dan fikirannya hidup,sedang kalimat seksa dalah tetap bagi orang2 kafir.memang al quran ini bukanlah syair atau pantun.isi syair dan pantun umumnya mengandungi khayalan,kadang2 menyimpang dari kebenaran,ilmu pengetahuan,petunjk,pengajaran dan ikhtibar.bahkan ayat2 allah itu mempunyai pengaruh yang besar sekali bagi orang yang membacaya,sebagai kitab samawi yang suci.
    ayat 77-80- tidakkah manusia memerhatikan bahawa Allah menjadikan dia dari air mani lelaki yg kotor.kemudian dia berani membantah allah,apabila telah dewasa dan berakal,sehingga lupa akan kejadiannya yang asal,lalu ditanya"siapakah yang dapat menghidupkan tulang2 yang telah rosak binasa? katakanlah ya muhammad,yang dpt menghidupkannya ialah allah yang menjadikannya sejak mula,sebelum ada seorangpun manusia di atas dunia ini"


 marilah kite semua renungi dan fahami setiap yg tersirat di dalam surah ini. semoga ayat2 alquran di jadikan amaln kite semua yg dpt membantu kite di akhirat kelak...wassalam...
                                                   Go to fullsize image

al quran di hatiku.....<3


                                                                              View Image
View Image

                           View Image
             

No comments:

Post a Comment